Varian Model & Harga
Semua harga di bawah sudah promosi. Pilih ikut jenis kerja: sedut habuk ringan, sedut celah sempit, atau sedut air & habuk sekali jalan.
Cara Pakai
Lima langkah, ikut turutan, untuk hasil sedutan yang selamat dan awet.
- 1Pastikan penapis dan bekas habuk sudah terpasang elok-elok. Jangan main sedut tanpa penapis.
- 2Pilih muncung ikut permukaan — lantai guna yang lebar, celah sempit guna yang runcing.
- 3Colok plug ke soket, lepas tu tekan butang kuasa untuk hidupkan sedutan.
- 4Jangan halang muncung terlalu lama di satu tempat — nanti motor boleh jadi panas.
- 5Kalau biskita guna model wet & dry, jangan lupa buang air dalam tangki lepas guna.
Cara Jaga Vacuum Cleaner
- ✓Cabut plug lepas guna. Jangan biarkan ia terpasang lama-lama kalau tidak digunakan.
- ✓Kosongkan bekas habuk atau air setiap kali lepas vacuum.
- ✓Buka penapis, ketuk-ketuk pelan-pelan untuk buang habuk. Kalau jenis boleh basuh, guna air suam dan pastikan betul-betul kering sebelum dipasang balik.
- ✓Lap badan mesin dengan kain lembap. Jangan sampai bahagian motor kena air.
- ✓Gulung kabel kuasa dengan kemas dan simpan di tempat yang kering.
Idea untuk Setiap Model
Tips Orang Tua
Vacuum cleaner ani memang alat yang sangat membantu. Tapi ramai yang tidak tahu cara menjaga. Kebanyakan vacuum rosak bukan sebab motor, tapi sebab penapis kotor dan jarang dibersihkan.
Penapis ani umpama "paru-paru" vacuum — kalau tersumbat, motor kerja kuat, panas, lalu rosak.
Jadi, rajin-rajin buang habuk dari penapis — ketuk atau basuh, dan pastikan kering betul sebelum dipasang balik.
Untuk model wet & dry, jangan lupa kosongkan air lepas guna. Air yang tinggal boleh hapak dan berbau. Basuh tangki dengan sabun dan biar kering.
Orang tua dulu guna penyapu lidi. Sekarang vacuum lebih pantas — tapi ingat, ia sedut habuk halus sahaja. Jangan sedut batu atau duit syiling, nanti penapis pecah.
Petua orang tua: kalau nak rumah wangi, letak sedikit kapur barus atau titis minyak wangi dalam bekas habuk (jangan kat motor) — angin akan bawa bau ke seluruh bilik.
Vacuum ringan macam ST-5050 atau XHV-6400X memang praktikal untuk rumah kecil, mudah angkat dan simpan. Kalau rumah biskita besar, model wet & dry 30L pilihan bijak — sedut air dan habuk sekali jalan.
Harga promosi Ogos ani dari B$29 hingga B$99, dengan free delivery ke Brunei Muara. Pilih ikut saiz rumah, dan warna yang biskita suka.
Perlu Tahu
- Harga promo boleh berubah. Sila semak harga terkini di kedai.
- Gambar hanya untuk ilustrasi — warna sebenar mungkin berbeza sedikit.
- Sila baca manual untuk jenis penapis yang sesuai dengan model biskita.
- Jangan sedut benda tajam, air lebih dari kapasiti, atau guna tanpa penapis.
- Sesuai untuk kegunaan rumah, melainkan model heavy-duty yang memang untuk bengkel.